Isnin, 6 Jun 2016

Pemantauan Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia

Pemantauan Instrumen Standard Kualiti Perkhidmatan Berpencapaian Tinggi Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilaksanakan di Unit Psikologi dan Kaunseling, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Pemantau yang hadir ialah Puan Siti Khadijah binti Omar dan Encik Maslizam bin Mohd. Pemantau berpuashati dengan pelaksanaan perkhidmatan psikologi dan kaunseling di PPD Johor Bahru. Penambahbaikan perlu dilaksanakan untuk meningkatkan kualiti ke arah perkhidmatan yang gemilang.