Selasa, 13 Julai 2010

Kursus Kepimpinan Penolong Kanan Pengurusan Sekolah Menengah Daerah Johor Bahru

Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru telah mengadakan kursus di atas pada 13 hingga 15 Julai 2010 di Desaru Golden Beach Resort, Kota Tinggi. Input yang ditekankan dalam kursus ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme Penolong Kanan 1 dalam menguruskan sekolah dengan lebih cemerlang.




Kumpulan IMPAK Cemerlang Lagi!!!!!!!

Diucapkan tahniah kepada Kumpulan IMPAK Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru yang menyertai Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Sektor Awam 2010 pada 23 hingga 25 Jun 2010 di PERSADA Johor dan telah berjaya mendapat Anugerah Kumpulan Harapan 2010. Kumpulan IMPAK terdiri dari 3 orang Pegawai PPD, 3 orang Guru Bimbingan dan Kaunseling, 1 orang PK Kokurikulum dan 3 orang Juruteknik.
Ahli Kumpulan IMPAK :
  1. En. Abdullah bin Yusof - Penolong PPD Aduan dan Hubungan Luar
  2. En. Norazam bin Abdullah - Kaunselor Organisasi, PPDJB
  3. En. Saifuddin bin Hasbullah - Penyelia ICT, PPDJB
  4. En. Iskandar Radzy bin Abu Bakar - PK Kokurikulum SK Tg. Puteri
  5. En. Mohamad Noor Wafi bin Mohamad Nor - GBK SMK Sri Tebrau
  6. Pn. Raha binti Mohamed - GBK SMK Dato' Abdul Rahman Yassin
  7. Pn. Norsidah binti Rusek - GBK SMK Damai Jaya
  8. En. Hazman Hassan bin Hafiz - Juruteknik SK Temenggung Abdul Rahman 1
  9. En. Mohd Azhar bin Mesran - Juruteknik SK Tasek Utara
  10. Pn. Norsaida binti Mod Said - Juruteknik SK Gelang Patah