Jumaat, 6 Februari 2009

Mutiara Motivasi

" Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA "

" Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencapai pekerjaan yang sesuai dengan minatnya "

" Kamu tidak boleh mengubah masa lepas kamu. Tetapi kamu boleh memusnahkan diri kamu sekiranya terlalu memikirkan masa depan "

" Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan "

" Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan
adab & ketinggian ilmu seseorang bukan terletak pada wajah & pakaiannya "

( Hamka )

" Perluaskanlah bidang & minat & kegemaran kamu supaya masa kamu tidak terbuang dengan sia-sia yang boleh menghayutkan kamu dalam kegiatan yang menjahanamkan kamu "


Madah Cinta

Mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki dirinya. Oleh itu sayangilah diri kita dari disakiti oleh cinta kerana cinta tak semesti dapat membahagiakan kita. Persahabatan lebih bermakna dari percintaan yang mengecewakan. Insan yang lemah akan membiarkan cinta menguasai dirinya sehingga merana, insan yang bijak akan menguasai cinta hingga gagal membuatnya kecewa. Cinta itu ibarat nyamuk yang menggigit, dibiar sakit [...]

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup… Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. [...]

Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya. Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta. Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang [...]

Tips Untuk Bahagia Dalam Kehidupan

Dalam kehidupan ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa kita terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sama ada masalah peribadi, rumah tangga, di tempat kerja dan sebagainya. Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mencari dan mencapai kegembiraan dalam kehidupan harian kita hendaklah melakukan sesuatu untuk mengalihkan tekanan/ketidakgembiraan tersebut kepada satu keadaan yang kita sendiri rasa bahagia atau gembira. Suka diingatkan bahawa sekiranya kita ingin mempraktikkan sebarang amalan ianya hendaklah bersesuaian dengan citarasa dan naluri masing-masing. Kita tidak perlu memaksa diri untuk terus serta-merta menggunakan teknik baru tersebut tetapi sekiranya cadangan tersebuat baik, bolehlah memprektikkannya secara perlahan-lahan, semoga akhirnya ia dapat memberikan kegembiraan kapada kita. Di sini disenaraikan aktiviti-aktiviti atau teknik yang boleh diamalkan bagi memperolehi kegembiraan: -

1. Tumpukan perhatian kepada membaca serta peruntukan masa untuk membaca perkara-perkara yang diminati dengan cara ini anda dapat mempertingkatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut.

2. Jauhkan diri daripada orang yang boleh menyebabkan masalah pada diri anda.

3. Jangan suka menyebarkan fitnah atau gossip terhadap orang lain kerana ini boleh menyebabkan kita merasa tidak gembira.

4. Memberi bantuan terhadap yang memerlukan.

5. Melibatkan diri dalam sukan seperti bermain badminton, bersenam, jogging dan sebagainya.

6. Mempunyai keluarga yang harmonis, suami yang memahami dan anak-anak yang menghormati ibu bapa orang tua.

7. Berjumpa dengan kawan-kawan lama, makan bersama dan saling mengimbas kembali kisah-kisah silam yang membahagiakan.

8. Meraikan kawan-kawan samada datang ke rumah atau berjumpa di luar.

9. Bersifat pemaaf dan mudah melupakan kesalahan orang lain terhadap diri kita apatah lagi untuk menyakiti hati orang lain.

10. Belajar sesuatu yang baru dan memahirkan diri dalam bidang tersebut seperti menjahit dan sebagainya.

11. Membuatkan orang lain gembira dengan mengembirakan diri sendiri.

12. Jadikan diri seorang pendengar yang baik.

13. Melakukan hobi seperti, mendengar muzik, bermain catur, berkebun, memancing dan sebagainya.

Anakku Sayang